SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI BOLA KERANJANG MSSM, BAHAGIAN SUKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Thursday 22 March 2018

BULETIN BIL 6/2018

RUMUSAN HARI KE LIMA PERLAWANAN

TARIKH : 21 MAC 2018

Hari ke lima ini telah menyaksikan beberapa perlawanan di peringkat separuh akhir. Antara kategori yang mencuri tumpuan adalah kategori Lelaki dan Perempuan Bawah 18 Tahun. Selepas berakhir peringkat separuh akhir bagi semua kategori, pasukan yang mara ke peringkat akhir adalah Perak dan Negeri Sembilan bagi kategori Lelaki Bawah 18 dan Sarawak menentang Johor bagi kategori Perempuan Bawah 18. Manakal bagi  kategori Lelaki Bawah 12 Tahun pula, pasukan Selangor bakal bertembung Johor dan kategori Perempuan Bawah 12 Tahun pula negeri Selangor sekali lagi menghantar wakil mereka untuk menentang  pasukan Kuala Lumpur . 

Di peringkat akhir nanti dapat di saksikan negeri selangor dan Johor masing-masing menghantar wakil bagi dua kategori. Hari ke lima perlawanan ini juga turut menerima kunjungan lawatan oleh En Zainal Abas, Timbalan Pengarah,Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia di SM Chong Hwa. Antara yang turut hadir juga adalah Tuan Haji Shaharudin Basri Bin Ibrahim, Pegawai Pendidikan Daerah Kluang yang juga bersama menyaksikan perlawanan peringkat separuh akhir. 
Nantikan keputusan peringkat akhir dan pasukan manakah yang bakal menggegarkan gelanggang bagi merangkul gelaran juara pada kejohanan kali ini.


BULETIN BIL 5/2018

RUMUSAN HARI KE EMPAT PERLAWANAN

TARIKH: 20 MAC 2018

Kejohanan MSSM 2018, Kluang Johor telah memasuki hari ke empat perlawanan. Undian bagi pusingan kedua juga telah dijalankan pada 19 Mac 2018 bagi memasuki fasa suku akhir.
Setiap pasukan telah mengetahui lawan bagi pasukan masing-masing. Apabila tiba hari ke empat perlawanan, pemain agak keletihan dan mudah mengalami kecederaan. Walau bagaimanapun perkara ini dapat di atasi dengan tindakan pantas dan pro aktif daripada jawatankuasa kecemasan yang berada di setiap tempat perlawanan. Setiap rawatan diberikan dengan sebaik dan sepantas mungkin. 


Wednesday 21 March 2018

BULETIN BIL 4/2018

RUMUSAN HARI KETIGA PERLAWANAN


TARIKH : 19 MAC 2018

Bagi hari ketiga perlawanan, perlawanan masih lagi di peringkat pusingan awal. Walau bagaimanapun penguasaan perlawanan daripada setiap kategori sudah semakin kelihatan.
Setiap pasukan bakal mengatur strategi yang lebih mantap lagi untuk peringkat pusingan kedua.


Tuesday 20 March 2018

BULETIN BIL 3/2018


RUMUSAN HARI KEDUA PERLAWANAN

TARIKH: 18 MAC 2018

Hari kedua perlawanan diteruskan lagi bagi peringkat pusingan awal. Sebanyak dua puluh satu perlawanan telah berlangsung melibatkan empat kategori pertandingan.
Gelanggang bola keranjang juga telah di serikan lagi dengan lawatan daripada Pejabat Pendidikan Daerah. Beberapa insiden kecemasan telah berlaku, dan tindakan proaktif daripada Jawatankuasa Kecemasan telah berjaya menyelesaikan beberapa keadaan yang sedang berlaku. 









Monday 19 March 2018

BULETIN BIL 2/2018

RUMUSAN HARI PERTAMA PERLAWANAN

TARIKH: 17 MAC 2018

Berikut antara ringkasan perkara yang telah berlaku pada hari pertama perlawanan bermula.
Sebanyak 21 perlawanan telah berlangsung bagi 4 kategori yang dipertandingkan. Ianya terdiri daripada 7 perlawanan kategori Lelaki Bawah 18 Tahun, Perempuan Bawah 1 Tahun, Lelaki Bawah 12 Tahun dan Perempuan Bawah 12 Tahun.

Hari pertama perlawanan ini juga menjadi begitu bermakna buat para pemain terutama daripada pasukan tuan rumah apabila Tuan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor iaitu Tuan Haji Shaharudin Bin Sharif turut hadir memberi kata-kata semangat kepada para pemain.

Kelihatan setiap pasukan juga sangat bersemangat dan teruja untuk memulakan perlawanan masing-masing. Semoga semangat yang ditunjukkan dapat dikekalkan sehingga tamat kejohanan kali ini.


Friday 16 March 2018

BULETIN BIL 1/2018

KRONOLOGI KEJOHANAN

TARIKH : 16 MAC 2018

1. SESI PENDAFTARAN PASUKAN

Sesi pendafataran pasukan.

Pasukan Sarawak di antara pasukan awal yang mendaftar.

Sedikit penerangan darpada Ketua Unit Sukan, JPN Johor kepada urusetia terlibat.


2. SESI PENYESUAIAN GELANGGANG


Sesi penyesuaian gelanggang di SM Chong Hwa

Sesi penyesuaian gelanggang di SJK(C) Seri Lalang
Penyesuaian gelanggang di SJK(C) Chong Hwa 2

3. REFRESHER COURSE 

Kursus Pengadil diberikan kepada para pengadil pertandingan bola keranjang.

Kursus Pengadil diberikan kepada para pengadil pertandingan bola keranjang.




4. MESYUARAT/TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

Mesyuarat Pengurus Pasukan telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Shaharudin Bin Sharif,
Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Pengurus Pasukan mendengar taklimat yang diberikan.

Kata-kata aluan daripada Tuan Haji Shaharudin Bin Sharif.



 5. MESYUARAT PENGADIL

Mesyuarat Pengadil dipengerusikan oleh Ketua Unit Sukan, JPN Johor.

Para pengadil bagi pertandingan bola keranjang mendengar taklimat yang diberikan.


Wednesday 14 March 2018

PERSIAPAN AKHIR MENJELANG MSSM 2018

Esok bersamaan 15hb Mac 2018 merupakan tarikh di mana Kontinjen Bola Keranjang MSSM akan melaporkan diri. Bagi menanti hari pertandingan yang bakal tiba, pelbagai persiapan sedang rancak dijalankan. Berikut adalah beberapa persiapan yang sedang dijalankan oleh pihak penganjur kali ini.

Mesyuarat Jawatankuasa bersama En Mohamad Faizal Bin Sariman, Ketua Unit Sukan, JPN Johor.

Mesyuarat Jawatankuasa bersama En Mohamad Faizal Bin Sariman, Ketua Unit Sukan, JPN Johor.

Pengambilan medal dan piala dari Bahagian Sukan,yang diwakili oleh Cik Lim Tou Jing.

Piala Kejohanan bagi Bola Keranjang untuk Kejohanan MSSM tahun 2018.

Medal yang sedang menanti pemiliknya.

Bekalan air minuman untuk para pemain.

Terima kasih di atas bantuan daripada pelajar SM Chong Hwa,Kluang.

Selesai proses simpanan bekalan air minuman.