RUMUSAN HARI PERTAMA PERLAWANAN
TARIKH: 17 MAC 2018
Berikut antara ringkasan perkara yang telah berlaku pada hari pertama perlawanan bermula.Sebanyak 21 perlawanan telah berlangsung bagi 4 kategori yang dipertandingkan. Ianya terdiri daripada 7 perlawanan kategori Lelaki Bawah 18 Tahun, Perempuan Bawah 1 Tahun, Lelaki Bawah 12 Tahun dan Perempuan Bawah 12 Tahun.
Hari pertama perlawanan ini juga menjadi begitu bermakna buat para pemain terutama daripada pasukan tuan rumah apabila Tuan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor iaitu Tuan Haji Shaharudin Bin Sharif turut hadir memberi kata-kata semangat kepada para pemain.
Kelihatan setiap pasukan juga sangat bersemangat dan teruja untuk memulakan perlawanan masing-masing. Semoga semangat yang ditunjukkan dapat dikekalkan sehingga tamat kejohanan kali ini.
No comments:
Post a Comment