SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI BOLA KERANJANG MSSM, BAHAGIAN SUKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Thursday 22 March 2018

BULETIN BIL 6/2018

RUMUSAN HARI KE LIMA PERLAWANAN

TARIKH : 21 MAC 2018

Hari ke lima ini telah menyaksikan beberapa perlawanan di peringkat separuh akhir. Antara kategori yang mencuri tumpuan adalah kategori Lelaki dan Perempuan Bawah 18 Tahun. Selepas berakhir peringkat separuh akhir bagi semua kategori, pasukan yang mara ke peringkat akhir adalah Perak dan Negeri Sembilan bagi kategori Lelaki Bawah 18 dan Sarawak menentang Johor bagi kategori Perempuan Bawah 18. Manakal bagi  kategori Lelaki Bawah 12 Tahun pula, pasukan Selangor bakal bertembung Johor dan kategori Perempuan Bawah 12 Tahun pula negeri Selangor sekali lagi menghantar wakil mereka untuk menentang  pasukan Kuala Lumpur . 

Di peringkat akhir nanti dapat di saksikan negeri selangor dan Johor masing-masing menghantar wakil bagi dua kategori. Hari ke lima perlawanan ini juga turut menerima kunjungan lawatan oleh En Zainal Abas, Timbalan Pengarah,Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia di SM Chong Hwa. Antara yang turut hadir juga adalah Tuan Haji Shaharudin Basri Bin Ibrahim, Pegawai Pendidikan Daerah Kluang yang juga bersama menyaksikan perlawanan peringkat separuh akhir. 
Nantikan keputusan peringkat akhir dan pasukan manakah yang bakal menggegarkan gelanggang bagi merangkul gelaran juara pada kejohanan kali ini.


No comments:

Post a Comment